Saturday, August 27, 2011

Bila Tiba Hari Raya...

Assalamualaikum :)
MAHA SUCI ALLAH
yang telah memberikan kepadaku kesempatan untuk beribadah kepadanya.
Tempat untuk bergantung harap,meceritakan segala kedukaanku dan segala isi hatiku ini.



Tak lama lagi nak raya,maksudnya dah nak habis dah bulan Ramadhan kan. Alangkah sedihnya hati. Semoga dapat bertemu dengan Ramadhan yg seterusnya jika ada kesempatan. Malam ni merupakan malam terakhir di BTP. Dengan perasaan yg sungguh pilu,pergilah masjid. Malam ni, Ust Amin dgn Ust Amir yg jadi Imam / Bilal. Sungguhlah merdunya suara Imam-imam tu malam ni. Dengan selawatnya yg masuk tertembus jauh ke dalam lubuk hati yg buat badan jd bergetar. Alunan bacaannya penuh dengan nada sedih. Selawatnya yang menggegarkan satu masjid. Sememangnya satu kombinasi yg mantap dan menyentuh hati para jemaah. Akhir kata,
 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
  Maaf Zahir Dan Batin. 
Balik kampung elokelok,kepulangan anda dinantikan. Hihihi xD

Semoga kita semua beroleh kejayaan dunia dan di akhirat . InsyaAllah.
Wallahualam.
May Allah bless you :)

Bulan Ramadhan Bulan Syawal

Assalamualaikum :)
   
       Dengan kehadiran bulan Ramadhan,pastinya akan disusuli dengan bulan Syawal. Dan apabila semakin dekat berakhirnya bulan Ramadhan,maka hampirlah kita kepada bulan Syawal. Harini telah mencatatkan tarikh yg ke28 Ogos. Ini bermakna,hanya beberapa hari sahaja lg yang masih tinggal untuk mangaut keuntungan pahala dan redha Allah dalam bulan Ramadhan ini. Alangkah malangnya bg mana mana manusia yg tidak memperoleh kemanisan iman itu setelah hampir sebulan berpuasa,baik dari pemakanannya mahupun anggota badannya. Bg sesetengah golongan,mereka ini berasa amat gembira kerana bulan Syawal berkunjung tiba tidak lama lg. Akan ttp ada sesetengah golongan yg lain berasakan alangkah cepatnya bulan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mereka ini mengatakan " Kami tidak mampu mengejar Ramadhan itu sendiri Ya Allah . Berilah kami kesempatan masa ,kesihatan tubuh badan untuk kami melalukan ibadat kepadaMu ! ". Oleh itu,golongan ini akan dipandang mulia disisi Allah S.W.T. Dan bg golongan yang gembira bulan Ramadhan akan berlalu,alangkah malangnya bagi mereka kerana mereka telah mengalami kerugian yg amat besar iaitu redha Allah S.W.T.  ( Petikan sebuah buku ****** )

Renung-renungkan. Selamat Beramal Soleh :) 

Saturday, August 6, 2011

K.A.W.A.N


.......................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum :)

 Kawan,

Jangan main api !,
Nanti ,
Membakar diri.

Kawan,
Jangan tersalah pilih !,

Nanti,
Kau akan menyesal.



Kawan,

Berakitlah mu ke hulu,
Berenanglah mu ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian. 




Kawan,ingatlah bahawa kesalahanmu kesalahan ku. Kesilapanmu kesilapan ku. Kesenanganmu kesenangan ku. Kebahgiaanmu kebahgiaan ku. Kesedihanmu kesedihan ku. Kedamaianmu kedamaianku. Kegembiraanmu kegembiraan ku jua. 



 Kawan,dikesempatan ini,ingin aku pohonkan berjuta kali ampun atas kesalahanku selama ini. Andai aku kasar terhadapmu,mengertilah bahawa ia untuk kebaikan mu. Andai aku marah terhadapmu,mengertilah bahawa ia tanda sayangku padamu. Andai aku kecewa terhadapmu,mengertilah bahawa ia merupakan satu ikhtiar bagimu. Maafkan aku. 



Kawan,andai kau telah membuat kesilapan kepadaku. Maka,tiada keperluan untukmu meminta maaf dariku. Sesungguhnya telah lama dikau aku maafkan. Ingatlah,dunia hanyalah suatu persinggahan untuk kita membeli dan mengumpul segala keperluan untuk dibawa dalam satu perjalanan yang amat panjang jaraknya yang tidak akan  tercapai dek akal mu. Dan,ingatlah kami boleh memaafi dirimu. Akan tetapi,tiada berguna semuanya jikalau kau sendiri tidak memaafi dirimu. Ingatlah,segalanya bermula jauh di sudut hati . Akhirnya,sediakan satu tempat yang selayaknya diduduki mu dan belajar menghormati untuk dihormati agar kau punya hidup yang harmoni dan ceria bersama yang lain. Sekian. BayBay:) May Allah bless you xD

.........................................................................................................................................................................................................

Saturday, July 30, 2011

Philosophy Of Bruce Lee

Assalamualaikum:)
 
 Bruce Lee merupakan seorang pelakon,penerbit filem,pengamal seni bela diri,seorang ahli falsafah yang terkenal dan beliau juga telah mengasaskan konsep Jeet Kune Do. Antara beberapa hasil karya falsafahnya ialah :

1) Don't think, feel....it is like a finger pointing towards the moon. Don't concentrate on the finger or you     will miss all that heavenly glory!
Bruce Lee: Enter the Dragon (1973); In a training session with one of the temple students.

2)Don't get set into one form, adapt it and build your own, and let it grow, be like water. Empty your mind, be formless, shapeless — like water. Now you put water in a cup, it becomes the cup; You put water into a bottle it becomes the bottle; You put it in a teapot it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash. Be water, my friend.
Bruce Lee: A Warrior's Journey (2000); here, Lee was reciting lines he wrote for his short lived role on the TV series Longstreet.

3)You know what I want to think of myself? As a human being. Because, I mean I don't want to be like "As Confucius say," but under the sky, under the heavens there is but one family. It just so happens that people are different.
Bruce Lee: The Lost Interview (1971)

4)When you're talking about fighting, as it is, with no rules, well then, baby you'd better train every part of your body!
Bruce Lee: The Lost Interview (1971)

5)Use only that which works, and take it from any place you can find it.
As quoted in Bruce Lee : Fighting Spirit (1994) by Bruce Thomas (1994), p.44

6)Forget about winning and losing; forget about pride and pain. Let your opponent graze your skin and you smash into his flesh; let him smash into your flesh and you fracture his bones; let him fracture your bones and you take his life. Do not be concerned with escaping safely — lay your life before him.
As quoted in Bruce Lee : Artist of Life (1999) edited by John R. Little, p. 192



Sebagai tambahan,beliau juga merupakan peneraju kepada beberapa perkara yang telah diikuti oleh orang ramai seperti alatan bersenam yang dikhaskan untuk membina kekuatan otot bawah tangan yang digunakan untuk menguatkan genggaman. Beliau juga telah menaikkan martabat orang Asia yang selalunya diberikan watak - watak buruh yang hina dan bodoh dalam filem layar perak di Barat dengan kemunculannya sebagai wira Asia yang berusaha untuk menegakkan kebenaran melalui aksi Kung Fu nya di dalam filem-filem di bawah arahannya.  Dengan kemunculan Bruce Lee di dalam bidang seni ini,beliau juga telah mengubah persepsi dunia tentang masyarakat Asia yang rendah martabatnya kepada dihormati. Ramai juga diantara  penerbit-penerbit filem di Hollywood yang menjadikan Bruce Lee ini sebagai inspirasi bagimereka untuk mengarahkan sesebuah filem itu. Tetapi malangnya,Bruce Lee telah mati pada usianya semuda 32 tahun. Semoga kejayaan Bruce Lee ini dapat dijadikan sebagai contoh untuk mendorong anda ke arah kejayaan. 
Sekian . BayBay :)

Sunday, July 17, 2011

Kejadian Yang Aneh

Assalamualaikum :)
 
     Macam tajuk yg tertera di atas, tajuk kali ini adalah berkenaan dengan "Tahi Bintang". Menurut saintis,Meteorit (tahi bintang) adalah ketulan-ketulan yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Ketulan-ketulan batu, atau campuran batu dan besi yang terpisah daripada meteor dan komet. Kadangkala, apabila Bumi melalui awan debu sisa daripada sebuah komet, sebagai contoh, objek-objek di dalam awan debu ini terbakar di dalam atmosfera. Ia terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan meninggalkan sejalur cahaya nipis di langit. Ia dikenali sebagai meteor. Kadangkala, jika ia tidak terbakar dengan sempurna, meteor-meteor ini melanggar Bumi. Meteor-meteor yang sampai ke Bumi ini dikenali sebagai aerolit atau meteorit. Berikut merupakan gambaran tahi bintang :



dan



Dan,jika anda terlihat fenomena ini,bacakanlah doa ini.

مَا شَآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله

Ertinya:������ "Apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah".



Sebenarnya bukannya apa nak buat tajuk pasal tahi bintang ni. Cuma malam tadi,terserempak dengan kejadian ni dekat kawasan rumah pukul 10.15pm tadi. Cahaya dari tahi bintang ini bersinar sekejap sangat. Maha kuasa Allah. Sekian. BayBay :) 



Thursday, July 14, 2011

"Apa yang akan terjadi kepada Facebook kita ? "

Assalamualaikum :)

Tentang Facebook. 


"mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)  "

                         

Tejumpa benda ni dekat note Facebook kawan. Perkara ini ada juga betulnya dan moga moga dapat dijadikan pedoman buat semua.Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang beriman.  >
Sekian. BayBay :)

Monday, July 11, 2011

Sesuatu Tentang Kegagalan

Assalamualaikum :)

 Tajuk post ni mungkin sedikit pelik. Tp,nak buat macam mana,dah itu topiknyakan. Haritu waktu tuisyen,cikgu ada kata something pasal Mathematics. Cikgu kata,



"Jangan bunuh diri kalau kamu gagal sekarang,tapi kalau kamu gagal selepas habis SPM,barulah berbaloi kalau kamu bunuh diri."


Pelikkan ayat cikgu ? Sebenarnya ayat dari cikgu kpd cikgu. Maksud dia,kalau kamu gagal waktu peperiksaan biasa,tak payahlah nak bunuh-bunuh diri. Sbb,soalan tu semuanya tak cukup susah lagi.Tp,kalau dah SPM pun gagal,berbaloilah kalau bunuh diri sbb soalan dia dah cukup susah. Tp,jgn ada pulak nanti yang bunuh diri sebab SPM. Salah disisi Islam! 

Pasti ada hikmahnya. Yg penting dalam ayat ni bukan yg tersurat,tp yg tersirat di dalamnya.Jadi, cubalah sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi dan mudah-mudah kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa. Sekian. BayBay :)

Friday, June 24, 2011

24-06-2011

Assalamualaikum :)

May Allah Bless You ! (:
Sincerely for you.



...........................................................................

Monday, June 20, 2011

La Tahzan (Takut Hilang)

Assalamualaikum :)
 
 Setelah manusia mendapat sesuatu.dia memiliki sesuatu,maka timbul pula suatu macam kesedihan,keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang yang bersedih akibat hilang sesuatu. Hilang harta,hilang orang yang tersayang hilang segala-galanya. Dia menjadi sungguh sedih dan berdukacita. Terkadang-kadang dia berasa hilang punca. Mengapa harus demikian? 

 La tahzan ! Jangan bersedih. Bukankah segala yang Allah kurniakan itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal. 


" Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci,maha mulia. Jadi,nikmat tuhan yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman 55: 26-27)

Allah beri,Allah tarik kembali. Allah beri kita harta,Allah juga menariknya kembali. Mata ini bukan milik kita. Suatu masa nanti ia akan kabur. Telinga,mulut yang boleh berkata-kata,tangan yang boleh bergerak,tubuh yang bertenaga,yang boleh berjalan. Semua ini adalah pinjaman sementara. Berapa lama? Allah saja yang mengetahuinya. 

 Ada orang kehilangan(mati) anak,lantas dia bersedih. Mengapa mesti dia mesti bersedih? Sekiranya dia yakin bahawa anak itu milik Allah,dan sudah tiba masanya untuk dia mengembalikan semula anak itu kepada Allah,serahlah pada Allah. Yang memiliki anak itu.


" Sifat orang yang beriman,sifat orang yang takut kepada Allah,sifat orang yang tunduk pada Allah),ialah mereka yang bila mana ditimpa musibah dan bencana, (apa pun bentuk musibah dan bencana itu),mereka berkata : ' Kita datang dari Allah,kita akan kembali kepada Allah'
(Al-Baqarah 2: 156 )
Petikan dari buku ' Jangan Bersedih' (Ustaz Dr Badrul Amin Bahron)

*Takziah kepada Danial Reduan 4ak1 . Allah bersama kita. 

Sekian. BayBay :)



Pantun Melayu Klasik ( Sri Mersing)

Assalamualaikum :)
Filem Seri Mersing (1961) arahan Allahyarham Salleh Ghani merupakan filem Melayu Klasik yang masih diminati ramai walaupun watak protagonisnya, Nordin Ahmad telah lama meninggalkan peminatnya. Nordin Ahmad merupakan pelakon filem Melayu terulung. Beliau dilahirkan di ButterworthPulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu, beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas. Allahyarham Nordin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 15 Jun 1971 di Singapura. Yang berikut ialah ungkapan peribahasa dan pantun oleh Damak (Nordin Ahmad) lewat filem Seri Mersing:
Peribahasa:
'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya, ada terlebih baik di negeri saya'
Pantun:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;

Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
Dagang saya musafir lalu.
Sekian. BayBay :)

Tuesday, June 7, 2011

Kehidupan

Assalamualaikum:) 

         " Hidup untuk memberi,bukan untuk membenci " Pahrol Mohamad Juoi.

Maksud : Dalam hidup,MEMBERI lah. Berikan senyuman,sedekah,kebaikan ataupun sekadar mendoakan.Memberi itu sesungguhnya lebih membahagiakan dari menerima. Tangan yang memberi bunga Mawar pasti akan berbau harum. Oleh itu,jadilah tangan yang memberi di atas.

   Jadi,bilakah anda sedia untuk MEMBERI? Hari ini mentari masih muncul di awangan. Esok ?? Jangan sia-siakan kehidupan anda.



BayBay:)

Friday, May 20, 2011

Gurindam Jiwa

Assalamualaikum:)

Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


 Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung Jati,
Didalam hati tidak kulupa,

Sebagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan kuda,
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun kembali juga,



Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,

Hendak berkubur di tapak tangan,

Kalau tuan mudek ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau taun mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Penyanyinya: Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

Alangkah padatnya dengan pengajaran yg boleh membimbing ke jalan bahagia. Semoga semua faham dan mergerti apa yg cuba disuratkan. Sekian. BayBay:)

Tuesday, May 17, 2011

My Life is Back !

Assalamualaikum.:)
 Bersyukur kepada Allah atas segala rahmatnya. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya yg tersendiri.
Sebenarnya bukan apa. Speck mata yg patah haritu dah siap dah. Selama tak pakai speck,rasa dunia ni seolah-olah di awangan. Belajar tak masuk,tengok tak berapa nampak sampaikan  makan pun tak selera.Lepas je sarung speck balik," My life come back ! ". Jelas semuanya yg selama ni tak nampak. Ada hikmahnya speck patah haritu. Dan paling AWESOME, cina tu ganti balik whole speck kepada body yang baru. Naik terus semangat nak periksa esok ! Hihihi. Kenapa Allah bagi ujian tu sekarang? Susah betul kalau nak diterangkan satu persatu. Allah saja yg tahu.
 Cukuplah setakat ni kot. Esok nak periksa. :) BayBay ! :)
 
Tegak berdiri si pohon jati,
Dibuat berniaga orang kaya,
Dengan rasa merendah diri,

Ingin mengucapkan selamat berjaya !
*peperiksaan pertengahan tahun.


SELAMAT BERJAYA SMKBTP ! 

Monday, May 16, 2011

Hari Guru 2011 !

Assalamualaikum :)
  Harini,16 Mei seperti semua orang tahu. Ia adalah tarikh keramat iaitu HARI GURU.  Kepada cikgu yg telah mengajar saya,dari TADIKA ke SEKOLAH RENDAH dan ke SEKOLAH MENENGAH. Sesungguhnya,jasa cikgu,Allah shaja yg mampu membalas jasa cikgu semua. Dari buta huruf,kini saya dapat membuat karangan dgn baik. Dri saya tak tahu langsung tentang matematik,kini saya mampu membuat matematik. 


,"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

Saya tak nak kata panjang lagi. Kepada semua cikgu. Doa untukmu " Ya Allah,andai aku berpisah dengan semua guru ini,kau kekalkanlah kesihatan mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka Ya Allah. Kau berkatilah seluruh hidupnya. Hiasilah kehidupan mereka dengan cahaya dan hidayah Mu. Andai ketika mereka berasa mereka hampir putus asa. Kau cekalkan lah hati mereka. Dan permudahkan segala urusan mendidik anak murid mereka Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah tuhan yang berkuasa dia atas tiap-tiap sesuatu."
*The dream begins with a teacher who believes in you, who tugs and pushes and leads you to the next plateau, sometimes poking you with a sharp stick called "truth."  ~Dan Rather*

TERIMA KASIH CIKGU ! SAYA SAYANG CIKGU ! <3

Monday, May 9, 2011

.Sahabat.

Assalamualaikum,
"Sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang tidak pernah berubah-ubah,meskipun zaman terus berubah"
Baca ingatan ni,teringat dekat semua sahabat-sahabat lain. Semua sahabat yang pernah aku ada semuanya baik-baik budi pekertinya. Kata orang ' menilai buku jgn dari kulitnya '. Jdi walaupun dia kelihatan nakal,siapa tahu ada suatu tempat jauh tersimpan di lubuk hatinya mengatakan bahawa dia seorang yang baik dan penyayang. Orang selalu berkata 'awaklah satu-satunya sahabat saya yang paling baik pernah saya ada' . Jgn begitu sahabat,mahupun kalau anda menghargainya bukan begitu caranya. Ini hakikat dunia,digelar hitam putih kehidupan. Siapa tahu jikalau pada hari esok anda bertengkar? Kerana semua manusia tiada yang cukup lengkap semuanya. Pasti ada kurangnya dimana mana. Orang selalu berkata ' dia dulu baik ,tapi sekarang dengan kita pun dah tak nak tegur '. Jgn begitu sahabatku. Siapa tahu barangkali dia punya masalah yang tersendiri. Anda tidak layak menentukan bahawa dia seorang yang baik mahupun jahat. Ini semua kerja Allah. Serahkan padanya. Jadi sahabat,kadang-kadang dalam dunia ini kita berada diatas kadangkala dibawah. Sekian dari saya. Senyum selalu sahabatku. :) BayBay !

      " SAYANGILAH SEMUA SAHABAT ANDA YANG PERNAH ANDA KENAL TIDAK KIRA DIA                              PERNAH MENYAKITKAN HATI KITA ATAUPUN TIDAK "                        

Friday, May 6, 2011

Mid Year Exam

Assalamualaikum.
 Seperti semua tahu,bulan 5 bermakna ada EXAM,bukan sebarang EXAM tetapi MID YEAR EXAM.  Ia datang cuma sekali dalam setahun. Akan tetapi kalau sekali dia datang tu, bak kata P Ramlee " Datang bukan sebarang datang,datang dari negeri Berapi,EXAM bukan sebarang Exam datang dari***** " Hahahaha. So,kalau dah EXAM tu bermakna banyak lagi usaha yg perlu ditingkatkan.Orang kata usaha tangga kejayaan. Dan semalam bila belajar Geo,tiba tiba teringat dekat pesanan seorang guru. " Walaupun kita sudah tinggi di langit,jangan lupa bumi di bawah". Jdi kepada sesiapa yg nak bekerja  di seberang laut tu,fikir fikir kan lah dan majukan lah negara kita dahulu. *Betul kot pendapat ni. Berbalik kepada EXAM,aku amat gementar. Sebab dah lama tk masuk kelaskan. Faham faham jelahh. Jadi untuk abang dan kakak 2 yg nak ambik EXAM tu, Selamat Berjaya diucapkan. Dan kepada saya juga. dan rakan rakan juga dan kawan kawan juga dan semua orang juga. Siap sedialah kita semua. Semoga Allah memberkati . Sampai di situ sahaja. BayBay  ! :)

Monday, April 18, 2011

Habislah aku !

Salam !
         Lama sudah tidak saya menjengah ke laman ini.*skema.Hahaha.
Minggu lepas baru je habis kejohanan MSS Selangor. Alhamdulillah,dapat satu perak satu gangsa. Takpa,kalau berkesempatan boleh cuba lagi tahun depan kan. Hehehe. Minggu ni dan minggu depan pulak sibuk dgn bola tampar. Dah masuk 2 bulan dah kira kira aku tak masuk kelas nihh. Wohohohoho ! Lama tuhh ! Errr ! Mmmm. Habis bola tampar pulak,ada lgi berapa minggu saja nak "catch up" balik apa tertinggal sebelum MID YEAR EXAM ! Memang besssstt ! HAHAHA. Sudahlah kot,nak melepas gian je update blog nih. Hehehe. Doakan aku berjaya ! BayBay ! :)

Thursday, March 24, 2011

Akhirnya !

Salam.
 Pergh ! Lama tk update,hihihi. Sibuk dgn larian merentas desa lah katakan.(bukan lari pun). Hahaha,apaapa pun haritu bangga gilaa dpt tegurr dia dekat pagarr. Dan dia menegur ku balik. Hahaha ! Merentas desa pulak,masa latihan firstfirst lari dgn Azureen,then Peah,Amirul Syazwan,dan Fatin Hamani. Aku lari Sloowwww,tpi jalan Lajuuu ! Hihihihi xD. Dan harini telah menyelesaikan satu Acara tahunan sekolah iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Walaupun aku tk lari,dapat tolong orang sakit pun jadilahkan. Semua bersemangattt WAJA! Mcm harimau semua lari. Puan Maimunah bangga dgn korang semua anak-anak.:) Dan lastly,aku tak nampak muka dia,dia,dia,dia,dia dan dia harini. Tak main sukan agaknya. Oppps  ! Tahniah kepada yg MENANG dan !Cuba lagi pada yg KALAH. Hihhihihihi ! Okaylah. Sampai itu saja . Happy Always ! BayBay ! :)

Sunday, March 20, 2011

KEM REMAJA MACMA 2011

Fuhhhhhh ! Baru selesaaii program kem remaja ni. Kem ni telah diadakan di Hulu Langat. Memang BEST lah ! Aweesomeee ! Faci dia semua VERY KIND !(bakal doktor). Hahaha. Paling bestnya lgilah,kejut budak pukul 2 pgi ! Kononnya ad something happen . Ceyh ! Tertipu ! Rupa-rupanya NIGHT WALK . Hahaha ! Tempat berkumpul dah dekat dgn hutan . Rupa-rupanya,dia cuma lalu dekat kawasan sekitar kemm jee. Mati mati ingt aku dok ada dlm hutan belantaraaa. Hisshhh ! (mata tertutup). Tpi,pengalaman tu memang EPIC sangat ! Hahahaha! Last kali ad aktiviti treasure hunt, dapatlahh jugakk no 2. Hahaha. Team member  memang sporting habisssss! :) Keseluruhan markah bagi setiap teeam: Team aku dapat NO 1 !!! Hahaha. Tak sangka langsung..
Paling membanggakan, aku telah dianugerahkan dgn hadiah "Best Participant" oleh akak akak Faci. Akhirnya,semuanya bersurai ke rumah masing masing di Batu Caves,BTP dan juga Rawang. Kem ni memang agak best lah ! Peraturan takda sangat. Hehehehe.Papepun, aku rindu dekat semua peserta kem tuuu. Love you guysss ! Harap kita semua boleh jumpa lgi di masa akn dtng.. ! Aminnn. Sampai itu saja. BayBay !:)

Kepenatan

Salam,
Seperti yg korang semua tahukannn,minguu ni adalah cuti persekolahannn. Bagiku,ianya adalah "rehat". Tpi malangnyaaa,aku tk dapat berehat langsungg. Dgn bola tamparnya,kemnya dan lainlain lagilahh.Memang penatlahhh  jwabnyakan. Tpi apa boleh buat. Ni pun baru sampai rumah nih,esok nak kena ambik periksa pulak.(Olahraga). I Lovin't it. Cikgu,maafkan saya kalau result saya dropp,dah dekat tiga minggu dah tk masuk kelas. Mana taknya,latihan olahraga tuu. Bukan saya tk nak masuk cikgu,itupun saya dah masuk selepas rehat. Tpi esok jawab mana yg mampu  dgn usaha yg luar biasa dgn menghabiskan semua paper dalam masa kurang dri 5 jam. Hahaha . Selamat Berjaya kepada Atlet SEMETRI yg lain dan kepada saya.Aminn . Sampai itu saja. BayBay semua ! :)

Tuesday, March 15, 2011

HKLBR (Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Post kali ni takda kena mengena dengan yg hidup atau pun yg dah sudah telah matii. Cerita pasal satu cerita ni lah kann. Hantu Kak Limah Balik Rumah  ! Hahaha. Starting dia pun dah best dahh ! Husssseeeiiiiinnn !Cubaa lagii ! Hahahhahhahaha.!!! Bestt tahap ULTRA ! Hahaha. (jakun)Yg paling tak boleh tahan , Usoop: KITA BAKO JE !! KITA BAKO JE RUMAH KAK LIMAH TU !! Masuk pulak bab tok bomoh dia lagi POWER!
Pelawakkk Pelaawaakkk Pelawakkk ! HAHAHAHA. KEH KEH KEH !! Lagi stu, "Kalau tidakkan penuh ilmu dada , tidakkan sampe saya ke Malaysia ! Hahahahaha. ! Bala ni Bala ! Balasaan ! Hahahaha. Lagi tk boleh tahan si Usopp lahh. Kena kejar dgn Kak Limah,terusss bangunn jeee larii ! HAHAHAHAHA. Last one,part yg lembut sikit. part nyanyian diaa.. Sole Sole Oh Solele ! Hahahaha. Sambil mentelaah Maggii diia ! HAhahaha..
Kesimpulannya: Cerita ini ada diselitkan dgn mesej mesej yg berguna untuk rakyat Malaysia. Tpi ending dia quite boring lahh. Apeapepun,dalam lawak jenaka. Ambil dia punya PENGAJARAN. Gelak Tak Ingat ! Hahahahaha. Samapi itu saja. BayBay !

Sunday, March 13, 2011

Country Homes

Pagi tdi pukul 9pg, kitorang(Azim,Aku,Faez & Mujahid) pergi Country Homes nak main Badminton dekat "Court Berbayar". Tpi malangnya, Aniq Razin tak dapat ikut kitorang sama atas sebab-sebab tertentuu. Jadi,permainan hari ini semuanya lemahh dan teruss lemahh tanpa dorongan semangat. LESU ! Akhirnya pukul 11.00,kitorang habis main Bad . Duduk sekejap dekat luar,tunggu punya tunggu ayah Azim tak dtng dtng. Sempatlah jugak main satu game yg baru dgn Faez Fikri. Then,sampailah rumah.Teruskan usaha semua. Conclusion: Hari yg amat meletihkan. :) Sampai itu saja. BayBay !

Saturday, March 12, 2011

Fakta Sepanjang Zaman

1.Coca -cola dulu berwarna hijau.
2. Nama yang paling umum digunakan di dunia adalah Mohammed.
3. Dalam bahasa inggris, semua nama benua diawali dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.
4. Otot terkuat yang ada di badan kita adalah lidah.
5. Setiap orang di USA punya 2 kartu kredit!
6. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang dapat diketik dalam satu baris tuts keyboard anda.
7. Perempuan ngedip dua kali lebih banyak dari pada laki-laki.
8. Menahan nafas tidak akan membuatmu mati.
9. Setiap manusia tidak dapat menjilat siku tangannya sendiri.
10. Kalau ada orang mengucapkan doa setiap kali ada yang bersin karena memang setiap kali kau bersin, jantungmu berhenti satu milisecond.
11. Secara fisik, setiap babi tidak bisa melihat ke langit.
12. Ucapkan “sixth sick sheik’s sixth sheep’s sick” beberapa kali, nanti anda akan mahir berbahasa inggris!
13. Bersin terlalu keras dapat mematahkan tulang iga, memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan mengakibatkan kematian.
14. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987, 654,321.
15. 99% orang yang membaca tulisan ini mencoba mengalikan fakta no. 15.
16. Dan akhirnya, 99% orang yang baca tulisan ini pasti mencoba menjilat siku.

:)

*BADMINTON*

Assalamualaikum,
Esok,13 Mac 2011 bersamaan hari Ahad. Kami(Aku,Aniq,Azim,Faez dan Munzir ) akan berlatih Badminton si sekolah. Rancangan asal telah dibatalkan oleh Azim atas sebab sebab tertentu. Tetapi yg pling bestnya ialah Aniq Razin telah bersetuju untuk meNYUPPORT untuk membeli setabung shutttle untuk esokk. May Allah bleess youu. HEHEHE.Teruskan usaha untuk mewakili SEMETRI. Sampai itu saja. BayBay!

Friday, March 11, 2011

Ya Allah, Selamatkan Mereka Semua ! *GEMPA BUMI*

Semalam ada berlaku GEMPA BUMI dekatt Jepun ! Ukurannya ialah pada skala 8.9 skalarichter ! Gegaran yg paling kuat dalam tempoh masa 140 tahun. Cikgu Khalilah kta,itu semua boleh dianggap "proses pembersihan bumi". Betul jugak kta cikguu. AniqRazin pulak lagi hebattt..Ktanya " Semalam kan aku tunggu punya tungguuu,tpi tak kiamat puuunn.. Tpi aku tungguu lagiii" Ayat dia macam !@#$% kan. HEHEHE. Allah saja yg mengetahui saat itu. Apapun,saya simpati dengan apa yg telah berlaku dgn Japan. Sabarlah. Ada hikmah disebalik semua itu. Sampaai itu saja. BayBay !

Akhirnya !

Hai semua. Akhirnya aku berjaya membikin sebuah BLOG.Aku tahu blog ni tak secantik korang punya. Tpi aku sedang belajar kan. Macam korang dulu jugak. HEHE. Sampai itu sahaja. BayBay !