"Sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang tidak pernah berubah-ubah,meskipun zaman terus berubah"
Baca ingatan ni,teringat dekat semua sahabat-sahabat lain. Semua sahabat yang pernah aku ada semuanya baik-baik budi pekertinya. Kata orang ' menilai buku jgn dari kulitnya '. Jdi walaupun dia kelihatan nakal,siapa tahu ada suatu tempat jauh tersimpan di lubuk hatinya mengatakan bahawa dia seorang yang baik dan penyayang. Orang selalu berkata 'awaklah satu-satunya sahabat saya yang paling baik pernah saya ada' . Jgn begitu sahabat,mahupun kalau anda menghargainya bukan begitu caranya. Ini hakikat dunia,digelar hitam putih kehidupan. Siapa tahu jikalau pada hari esok anda bertengkar? Kerana semua manusia tiada yang cukup lengkap semuanya. Pasti ada kurangnya dimana mana. Orang selalu berkata ' dia dulu baik ,tapi sekarang dengan kita pun dah tak nak tegur '. Jgn begitu sahabatku. Siapa tahu barangkali dia punya masalah yang tersendiri. Anda tidak layak menentukan bahawa dia seorang yang baik mahupun jahat. Ini semua kerja Allah. Serahkan padanya. Jadi sahabat,kadang-kadang dalam dunia ini kita berada diatas kadangkala dibawah. Sekian dari saya. Senyum selalu sahabatku. :) BayBay !
" SAYANGILAH SEMUA SAHABAT ANDA YANG PERNAH ANDA KENAL TIDAK KIRA DIA PERNAH MENYAKITKAN HATI KITA ATAUPUN TIDAK "