Monday, May 16, 2011

Hari Guru 2011 !

Assalamualaikum :)
  Harini,16 Mei seperti semua orang tahu. Ia adalah tarikh keramat iaitu HARI GURU.  Kepada cikgu yg telah mengajar saya,dari TADIKA ke SEKOLAH RENDAH dan ke SEKOLAH MENENGAH. Sesungguhnya,jasa cikgu,Allah shaja yg mampu membalas jasa cikgu semua. Dari buta huruf,kini saya dapat membuat karangan dgn baik. Dri saya tak tahu langsung tentang matematik,kini saya mampu membuat matematik. 


,"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

Saya tak nak kata panjang lagi. Kepada semua cikgu. Doa untukmu " Ya Allah,andai aku berpisah dengan semua guru ini,kau kekalkanlah kesihatan mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka Ya Allah. Kau berkatilah seluruh hidupnya. Hiasilah kehidupan mereka dengan cahaya dan hidayah Mu. Andai ketika mereka berasa mereka hampir putus asa. Kau cekalkan lah hati mereka. Dan permudahkan segala urusan mendidik anak murid mereka Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah tuhan yang berkuasa dia atas tiap-tiap sesuatu."
*The dream begins with a teacher who believes in you, who tugs and pushes and leads you to the next plateau, sometimes poking you with a sharp stick called "truth."  ~Dan Rather*

TERIMA KASIH CIKGU ! SAYA SAYANG CIKGU ! <3