.......................................................................................................................................................................................................
Kawan,
Jangan main api !,
Nanti ,
Membakar diri.
Kawan,
Jangan tersalah pilih !,
Nanti,
Kau akan menyesal.
Kawan,
Berakitlah mu ke hulu,
Berenanglah mu ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.
Kawan,ingatlah bahawa kesalahanmu kesalahan ku. Kesilapanmu kesilapan ku. Kesenanganmu kesenangan ku. Kebahgiaanmu kebahgiaan ku. Kesedihanmu kesedihan ku. Kedamaianmu kedamaianku. Kegembiraanmu kegembiraan ku jua.
Kawan,dikesempatan ini,ingin aku pohonkan berjuta kali ampun atas kesalahanku selama ini. Andai aku kasar terhadapmu,mengertilah bahawa ia untuk kebaikan mu. Andai aku marah terhadapmu,mengertilah bahawa ia tanda sayangku padamu. Andai aku kecewa terhadapmu,mengertilah bahawa ia merupakan satu ikhtiar bagimu. Maafkan aku.
Kawan,andai kau telah membuat kesilapan kepadaku. Maka,tiada keperluan untukmu meminta maaf dariku. Sesungguhnya telah lama dikau aku maafkan. Ingatlah,dunia hanyalah suatu persinggahan untuk kita membeli dan mengumpul segala keperluan untuk dibawa dalam satu perjalanan yang amat panjang jaraknya yang tidak akan tercapai dek akal mu. Dan,ingatlah kami boleh memaafi dirimu. Akan tetapi,tiada berguna semuanya jikalau kau sendiri tidak memaafi dirimu. Ingatlah,segalanya bermula jauh di sudut hati . Akhirnya,sediakan satu tempat yang selayaknya diduduki mu dan belajar menghormati untuk dihormati agar kau punya hidup yang harmoni dan ceria bersama yang lain. Sekian. BayBay:) May Allah bless you xD
.........................................................................................................................................................................................................