Assalamualaikum:)
Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung Jati,
Didalam hati tidak kulupa,
Sebagai rambut bersimpul mati.
Batang selasih permainan budak,
Daun selasih dimakan kuda,
Bercerai kasih talak tiada,
Seribu tahun kembali juga,
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan,
Kalau tuan mudek ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau taun mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.
Penyanyinya: Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
Alangkah padatnya dengan pengajaran yg boleh membimbing ke jalan bahagia. Semoga semua faham dan mergerti apa yg cuba disuratkan. Sekian. BayBay:)
Friday, May 20, 2011
Tuesday, May 17, 2011
My Life is Back !
Assalamualaikum.:)
Bersyukur kepada Allah atas segala rahmatnya. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya yg tersendiri.
Sebenarnya bukan apa. Speck mata yg patah haritu dah siap dah. Selama tak pakai speck,rasa dunia ni seolah-olah di awangan. Belajar tak masuk,tengok tak berapa nampak sampaikan makan pun tak selera.Lepas je sarung speck balik," My life come back ! ". Jelas semuanya yg selama ni tak nampak. Ada hikmahnya speck patah haritu. Dan paling AWESOME, cina tu ganti balik whole speck kepada body yang baru. Naik terus semangat nak periksa esok ! Hihihi. Kenapa Allah bagi ujian tu sekarang? Susah betul kalau nak diterangkan satu persatu. Allah saja yg tahu.
Cukuplah setakat ni kot. Esok nak periksa. :) BayBay ! :)
Tegak berdiri si pohon jati,
Dibuat berniaga orang kaya,
Dengan rasa merendah diri,
Ingin mengucapkan selamat berjaya !
*peperiksaan pertengahan tahun.
SELAMAT BERJAYA SMKBTP !

Monday, May 16, 2011
Hari Guru 2011 !
Assalamualaikum :)
Harini,16 Mei seperti semua orang tahu. Ia adalah tarikh keramat iaitu HARI GURU. Kepada cikgu yg telah mengajar saya,dari TADIKA ke SEKOLAH RENDAH dan ke SEKOLAH MENENGAH. Sesungguhnya,jasa cikgu,Allah shaja yg mampu membalas jasa cikgu semua. Dari buta huruf,kini saya dapat membuat karangan dgn baik. Dri saya tak tahu langsung tentang matematik,kini saya mampu membuat matematik.
,"Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

Saya tak nak kata panjang lagi. Kepada semua cikgu. Doa untukmu " Ya Allah,andai aku berpisah dengan semua guru ini,kau kekalkanlah kesihatan mereka. Kau murahkanlah rezeki mereka Ya Allah. Kau berkatilah seluruh hidupnya. Hiasilah kehidupan mereka dengan cahaya dan hidayah Mu. Andai ketika mereka berasa mereka hampir putus asa. Kau cekalkan lah hati mereka. Dan permudahkan segala urusan mendidik anak murid mereka Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah tuhan yang berkuasa dia atas tiap-tiap sesuatu."
*The dream begins with a teacher who believes in you, who tugs and pushes and leads you to the next plateau, sometimes poking you with a sharp stick called "truth." ~Dan Rather*
TERIMA KASIH CIKGU ! SAYA SAYANG CIKGU ! <3
Monday, May 9, 2011
.Sahabat.
"Sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang tidak pernah berubah-ubah,meskipun zaman terus berubah"
Baca ingatan ni,teringat dekat semua sahabat-sahabat lain. Semua sahabat yang pernah aku ada semuanya baik-baik budi pekertinya. Kata orang ' menilai buku jgn dari kulitnya '. Jdi walaupun dia kelihatan nakal,siapa tahu ada suatu tempat jauh tersimpan di lubuk hatinya mengatakan bahawa dia seorang yang baik dan penyayang. Orang selalu berkata 'awaklah satu-satunya sahabat saya yang paling baik pernah saya ada' . Jgn begitu sahabat,mahupun kalau anda menghargainya bukan begitu caranya. Ini hakikat dunia,digelar hitam putih kehidupan. Siapa tahu jikalau pada hari esok anda bertengkar? Kerana semua manusia tiada yang cukup lengkap semuanya. Pasti ada kurangnya dimana mana. Orang selalu berkata ' dia dulu baik ,tapi sekarang dengan kita pun dah tak nak tegur '. Jgn begitu sahabatku. Siapa tahu barangkali dia punya masalah yang tersendiri. Anda tidak layak menentukan bahawa dia seorang yang baik mahupun jahat. Ini semua kerja Allah. Serahkan padanya. Jadi sahabat,kadang-kadang dalam dunia ini kita berada diatas kadangkala dibawah. Sekian dari saya. Senyum selalu sahabatku. :) BayBay !
" SAYANGILAH SEMUA SAHABAT ANDA YANG PERNAH ANDA KENAL TIDAK KIRA DIA PERNAH MENYAKITKAN HATI KITA ATAUPUN TIDAK "
Friday, May 6, 2011
Mid Year Exam
Seperti semua tahu,bulan 5 bermakna ada EXAM,bukan sebarang EXAM tetapi MID YEAR EXAM. Ia datang cuma sekali dalam setahun. Akan tetapi kalau sekali dia datang tu, bak kata P Ramlee " Datang bukan sebarang datang,datang dari negeri Berapi,EXAM bukan sebarang Exam datang dari***** " Hahahaha. So,kalau dah EXAM tu bermakna banyak lagi usaha yg perlu ditingkatkan.Orang kata usaha tangga kejayaan. Dan semalam bila belajar Geo,tiba tiba teringat dekat pesanan seorang guru. " Walaupun kita sudah tinggi di langit,jangan lupa bumi di bawah". Jdi kepada sesiapa yg nak bekerja di seberang laut tu,fikir fikir kan lah dan majukan lah negara kita dahulu. *Betul kot pendapat ni. Berbalik kepada EXAM,aku amat gementar. Sebab dah lama tk masuk kelaskan. Faham faham jelahh. Jadi untuk abang dan kakak 2 yg nak ambik EXAM tu, Selamat Berjaya diucapkan. Dan kepada saya juga. dan rakan rakan juga dan kawan kawan juga dan semua orang juga. Siap sedialah kita semua. Semoga Allah memberkati . Sampai di situ sahaja. BayBay ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)