Friday, June 24, 2011

24-06-2011

Assalamualaikum :)

May Allah Bless You ! (:
Sincerely for you.



...........................................................................

Monday, June 20, 2011

La Tahzan (Takut Hilang)

Assalamualaikum :)
 
 Setelah manusia mendapat sesuatu.dia memiliki sesuatu,maka timbul pula suatu macam kesedihan,keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang yang bersedih akibat hilang sesuatu. Hilang harta,hilang orang yang tersayang hilang segala-galanya. Dia menjadi sungguh sedih dan berdukacita. Terkadang-kadang dia berasa hilang punca. Mengapa harus demikian? 

 La tahzan ! Jangan bersedih. Bukankah segala yang Allah kurniakan itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal. 


" Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci,maha mulia. Jadi,nikmat tuhan yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman 55: 26-27)

Allah beri,Allah tarik kembali. Allah beri kita harta,Allah juga menariknya kembali. Mata ini bukan milik kita. Suatu masa nanti ia akan kabur. Telinga,mulut yang boleh berkata-kata,tangan yang boleh bergerak,tubuh yang bertenaga,yang boleh berjalan. Semua ini adalah pinjaman sementara. Berapa lama? Allah saja yang mengetahuinya. 

 Ada orang kehilangan(mati) anak,lantas dia bersedih. Mengapa mesti dia mesti bersedih? Sekiranya dia yakin bahawa anak itu milik Allah,dan sudah tiba masanya untuk dia mengembalikan semula anak itu kepada Allah,serahlah pada Allah. Yang memiliki anak itu.


" Sifat orang yang beriman,sifat orang yang takut kepada Allah,sifat orang yang tunduk pada Allah),ialah mereka yang bila mana ditimpa musibah dan bencana, (apa pun bentuk musibah dan bencana itu),mereka berkata : ' Kita datang dari Allah,kita akan kembali kepada Allah'
(Al-Baqarah 2: 156 )
Petikan dari buku ' Jangan Bersedih' (Ustaz Dr Badrul Amin Bahron)

*Takziah kepada Danial Reduan 4ak1 . Allah bersama kita. 

Sekian. BayBay :)



Pantun Melayu Klasik ( Sri Mersing)

Assalamualaikum :)
Filem Seri Mersing (1961) arahan Allahyarham Salleh Ghani merupakan filem Melayu Klasik yang masih diminati ramai walaupun watak protagonisnya, Nordin Ahmad telah lama meninggalkan peminatnya. Nordin Ahmad merupakan pelakon filem Melayu terulung. Beliau dilahirkan di ButterworthPulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu, beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas. Allahyarham Nordin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 15 Jun 1971 di Singapura. Yang berikut ialah ungkapan peribahasa dan pantun oleh Damak (Nordin Ahmad) lewat filem Seri Mersing:
Peribahasa:
'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya, ada terlebih baik di negeri saya'
Pantun:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;

Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
Dagang saya musafir lalu.
Sekian. BayBay :)

Tuesday, June 7, 2011

Kehidupan

Assalamualaikum:) 

         " Hidup untuk memberi,bukan untuk membenci " Pahrol Mohamad Juoi.

Maksud : Dalam hidup,MEMBERI lah. Berikan senyuman,sedekah,kebaikan ataupun sekadar mendoakan.Memberi itu sesungguhnya lebih membahagiakan dari menerima. Tangan yang memberi bunga Mawar pasti akan berbau harum. Oleh itu,jadilah tangan yang memberi di atas.

   Jadi,bilakah anda sedia untuk MEMBERI? Hari ini mentari masih muncul di awangan. Esok ?? Jangan sia-siakan kehidupan anda.



BayBay:)